1. Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran
darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk
badan?
Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada
fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami
dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas
berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan
kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang
baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium
Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah
pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang
menarik.
2. Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan
berasa panas?
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan
melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber,
nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara.
Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan
berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan
yang menarik.
3. Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah
masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?
Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6
hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum
pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan
semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan
adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda
boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi
mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai
selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi
melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas
bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan
adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan
memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu
memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke
tempat asal.
4. Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu
proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas
memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu
memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda.
Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan
beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat
asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa
ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh
penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa.
5. Adakah long brassiere harus dipakai bersama dengan long
girdle dan waist nipper?
Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam
pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian
dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper
pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada
dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda
memakai pakaian yang ketat, waist nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara
brassiere dan long girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya
memperbetulkan postur badan. Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist
nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang
menarik.
6. Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar dan menyebabkannya melimpah keluar?
Premium Beautiful mempunyai 3 kepingan jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.
